Sunday 22 December 2013

semangat sahabat TTC

:: entri dari blog kesukaan hamba :: inaachik

Rezeki anak yg tertangguh... :)

Assalamualaikum w.b.t.
terpanggil utk mencoret tentang isu sensitif sikit hari ni. maaf andai ada yg terasa...
bicara ini utk membuka mata... sebab dah penat nak menjawab dan memberi kata semangat.

bagi aku (tegas sikit penggunaan ganti nama hari ni)... yer bagi aku. ulang suara lagi... 
bagi aku, ANAK bkn matlamat / kemestian dlm sebuah perkahwinan
mati aku kena tuduh kata taknak anak pulak kan lps ni. bukan gitu maksudnya ya... 
baca sampai habis dan baru buat konklusi. ;)


aku  letih nak ubah persepsi: kalau kawen takde anak tu macam kesian giler. 
mcm kamulah perempuan paling malang... hei hey heyyyy walewaleheyyyy, kalau gini cara berfikir, 
sampai tua hidup kamu tak tenang.


anak itu rezeki dari Allah. dan rezeki Allah tu luassssssssssssssssssssss sgt! kewangan, 
anak, kesihatan, suami yg baik, ketenangan hidup, bla3... semua tu rezeki.

menyusuri kisah perkahwinanku yg lagi 5 bln baru masuk 7 thn, aku, eh tak... kami. 
yer kami laki bini kini lebih berlapang dada. sumpah, kini tiada sekelumit kesal atau kecewa 
bila Allah lambatkan rezeki anak dlm perkahwinan kami. sebab kami temui rezeki yg jauh bererti 
dari rezeki anak itu sendiri iaitu: rezeki nikmat hidup dlm nur Islam adalah rezeki terbesar dari Allah
buat kami. sumpah demi Allah, rezeki ini buat aku rasa ketenangan dan kegembiraan lebih 
dari apa yg aku jangka. kalau ini bayaran yg aku kena bayar utk rezeki anak yg tertangguh, 
sumpah aku rela... sumpah aku redha yg sebenar benar redha.



buat sahabat TTC,
sudah2 lah menangisi kekurangan yg satu ini... bukak mata dan lihat sekeliling, 
lihat sahabat2mu yg belum punya pasangan dan kamu akan sedar, betapa kamu masih beruntung
 dari mereka. sekurang-kurangnya kamu punya suami yg memelukmu dgn penuh kasih sayang 
di kala hari mu dirundung rasa sedih dan kecewa. kamu masih punya pasangan yg membelai 
dan mengusap manja rambutmu di kala menonton TV. masih punya suami yg sudi menaja brg 
shoppingmu. :)
senyumlah... perkahwinan bukan sekadar misi membuat anak smp berjaya... (eh mcm lucah pulak) 
tapi lebih dari itu. carilah keberkatan dlm berumah tangga. terus saling mencintai dlm mencari
cinta Yang Maha Memberi Cinta. janganlah bersedih dan berdurja bila dgr berita kehamilan sahabat2
yg lain. buang jauh2 rasa cemburu. jadilah org2 yg bahagia melihat kebahagiaan org lain.


Allah tangguhkan rezeki anak bersebab...
Allah nak kita audit diri dan berusaha jadi isteri yg solehah... menyenangkan hati suami.
mendalami ilmu akhirat...
pergi kuliah, pergi kelas mengaji, pergi seminar, eh... byk sgt kalau nak senarai.
perbetulkan byk yang kurang sebelum kita membimbing amanah Allah.


http://inaachik.blogspot.com/


2 comments:

  1. THANKS kak utk kata semangat tuh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Thanks untuk ina yang krang ayat power ni..
      http://inaachik.blogspot.com/

      Delete