harini kite nak kongsikan amalan-amalan untuk sahabat yang sedang berTTC.
haaa.. yang tak perlu berTTC tu, tolong la jaga perasaan yang sedang berTTC, OK??
usahlah ditanya soalan-soalan yang sensetif... Kami yang tengah berTTC ni, dah "BUAT" berkali-kali, tak "MENJADI", untuk yang "BUAT" sekali terus "JADI"... untunglaaaaaa... hehe.. takpe,
kami WARGA TTC redha dengan ujian dari ALLAH S.W.T sebab itu tandanya DIA SAYANG KAMI :)
Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya
Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di
dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih
belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang
suka berputus asa
Amalan kedua
• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan )
sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap
hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di
dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf / Surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik
dan mendapat rahmat daripada-Nya
Sabar je la ye, kita pekakkan telinga.. Diorang tak rasa apa kita rasa jadi mudah untuk berkata2..
ReplyDeleteApapun TQ sharing :D
sekarang dah ok la dari mula2 kawin dulu... thanks!
Delete