Saturday 22 December 2012

~ 21 & 22 SEPTEMBER 2012 - dalam ingatan ~

assalamualaikum sahabat..
seteleh 3 bulan berlalu.. barulah aku ada kekuatan untuk buat enrty ini..
lepas dapat kebenaran dr kak fiza trus jari jemari ni laju menaip...
thanks akak.. semoga ALLAH kuat dan tabahkan hati akak ngan baby Nurfitrah Imtinan binti Muhammad Fadrullizam.
cmne tah nk mula ni... excited ada.. ketar2 pun ada... hehehe...

ok... jom sy mulakan cerita...

21 SEPTEMBER 2012 (JUMAAT) kt tganu cuti..

tgk henfon dh lewat sgt rasanya dlm pkul 4pm gitu.. byk missed calls dr my sister farhana.. terdetik kat hati.. apehal plak ni... 
aku pun try call balik.. suara mcm dgr x dgr jer..

- assalamualaikum kak.. awat call byk kali tadi?
- ni kak nk bgtau, abg dh xdk
- abg p mana?
- abg dh meninggal...
- abg mane kak?
- abg kak la...
- biaq betui kak.. jgn main2 la...
- betui.. ni kak on the way balik jitra ngan abg ex (tunang dia la...)
- ok2.. drive dulu.. nt ape2 hal dila col kak balik k.. bwk kete elok2 tau.. love u..

tetiba air mata ni mngalir dgn lajunya.. xleh nk ckp ape dah..
abg, jom balik kedah.. tu jer yg mampu ckp kt suami

tp xbleh balik sbb ada hal yang x blh dielakkan...

arwah Mohammad Fadzrullizam Bin Ramli kembali ke Rahmatullah.. al-faatihah
meninggalkan kami tanpa pesan.. tanpa beri kami peluang menjaganya..
pergi dgn keadaan yang sihat.. tak sakit.. ALLAH mmg syg org yg baik kan?

ingt kenangan dgn arwah tahun 2009.. msa tu balik rumah fmly kt jitra.. aku ngan kak anna mmg ambil peluang cuti dgn tidur sepuasnya... hehehe.. bila bangun arwah bersuara "anak dara baru bangkit tidoq ka?? lps tu duk berebut bilik ayaq" hehehe.. rindu plak rasanya...

arwah meninggal kt rumah lepas solat jumaat.. xtau apa punca.. trus hantar ke hospital untuk buat bedah siasat.. result dpt lps 3 bln... mgkin dh dpt kot.. dr apa yg kak anna bgtau, arwah mgkin terkena jangkitan pada paru2.. wallahualam...

arwah disembahyangkan di Masjid Kampung Imam, Padang Perahu (depan rumah jer) dan disemadikan pada jam 12.30pagi dengan penuh istiadat memandangkan arwah seorang TUDM.. alhamdulillah... semua urusan berjalan dgn lancar..

22 SEPTEMBER 2012 /  5.25ptg

seperti berjanji dgn tarikh ni...kak fiza (isteri arwah) selamat melahirkan baby girl Nurfitrah Imtinan Binti Muhammad Fadzrullizam. 
Nurfitrah Imtinan Binti Muhammad Fadzrullizam
untuk imtinan, mak ngah dila nk pesan ni.. nt dh besar jg mama elok2 k.. jgn nakal2... byk dugaan yang dah mama lalui.. imtinan kena jadi anak yang solehah tau.. :)

abg exx, kak fiza, bby imtinan n kak anna


imtinan : sayang, tau x? sayang melengkap keluarga.
kak fiza : kalau blh, dila nk sekuat dan setabah akak..akak jgn lupa.. akak skrg ada keluarga kat tganu  :)


p/s: Al-faatihah untuk arwah MUHAMMAD FADZRULLIZAM BIN RAMLI
semoga tenang disana... dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. amin..







Wednesday 19 December 2012

~ 13 AURAT WANITA ~

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari...
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

p/s: Take Not Muslimah!! Mari mengejar syurga Allah

Tuesday 11 December 2012

~ KHASIAT ZIKIR ~

"Berzikirlah dengan menyebut nama Allah zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (Q.S. Al Ahzâb: 41-42)

"Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks.

Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik.

Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit."

Kepentingan Penjagaan Otak

Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan, sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.

Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

DARI SUDUT ISLAM PULA

Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:

1) Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir

2) Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.

3) Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.

4) Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya. 
5) Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah. 

6) Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.

7) Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.

8) Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.

9) Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.

10) Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.

11) Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"
 

Sunday 9 December 2012

~ SAHABAT.... moga tenang disana ~

pg smlm dapat berita sedih..
seorang sahabat telah pergi mngadap ILAHI..
arwah sorng yg ceria... wlaupun kenal gitu2 jer sbb blainan course mse blajar.. tp bile selisih jalan, arwah msti wat gila2 dia... I LOVE U DEAR...
~ AL-FAATIHAH untuk ALLAHYARHAMAH Hazwani Md Noor ~



nak tau cite lebih2... baca sini

Tuesday 4 December 2012

~ LEPAS KITE....KITE JER ~

ni nk bgtau la kt sape2 kan... kalu dah kene marah ngan org lain.. jgn la mrh org lain pulak..
cuba mrhkan diri sendiri..
ni x pasal2 org lain terlibat sama...
tah ape2 jer... kebajikan dia nk org jaga... kebajikan org xnk plak dia jaga!!!
eiiiiiiiiiiiiii!!!!!!
kdg2 diri sendiri tu kena perbetulkan... jgnkan solat 5 waktu dh cukup.. KITA DAH CUKUP PERFECT DIPANDANGAN ALLAH S.W.T.

mood : TERTEKAN!!!!!