Tuesday 11 March 2014

Pray For MH370 :: semoga semuanya selamat ::

Inilah kisah cintaku 
Terjalin cinta pandang pertama 
Ku selalu ditinggal-tinggalkan 
Menanti penuh kerinduan

Hatiku kau bawa pergi 
Terbang tinggi di awan yang biru
Ku menanti dan menanti
Pelukkanmu yang kurindukan

Bawalah daku bersama
Terbang tinggi menemani dikau
Kupeluk, kubelai mu sayang
Dicelah kepulan awan

Kau tinggi di awan biru
Kuiringi dengan seribu doa
Putih hatiku menantimu
Pulang menemui daku...

#prayforMH370


Monday 24 February 2014

#P1 :: Luahan Rasa Hati

kadang-kadang, manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain..
depan pijak semut tak mati, belakang, gajah pun mati di pijak-pijak..

sesungguhnya ALLAH bersama orang yang teraniaya..




p/s : Mr.S cakap, penat jer berbuat baik kat orang,  bila orang bagi racun yang sangat berbisa kat kita...

untuk kamu :: berhentilah memFITNAH.. kami suami isteri, dah memaafkan kamu, cuma kami sedih bila orang melayu berfikiran seperti kamu...

Monday 17 February 2014

Sofwatul Amani

dila ada baca kisah baby ni dalam blog INA terus rasa sesak dada....


Assalamualaikum w.b.t...
Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... kasihannya kamu wahai anak kecil... seterusnya

Bukan Kerana Aku Tak Cinta V2

sape tengok cerita BKATC??
terus jatuh cinta dengan watak JEBAT..  MASTURA?? mengada-ngada ++ gedik teramat sangat

dila ada cerita sebenarnya disebalik cerita BKATC ni.. bila Mr.S mula bercerita, dila terus gelak guling-guling.. "biar betul abang, takkan macam tu kot"

eww geli geleman kot perangai tergedik-gedik macam mastura tu...
nak tahu kenapa???? kita sambung ke entry lain. hahaha

nyampah kan? itulah yang Mr.S cakap, dia kata.........

" Mastura ni, sebijik perangai awak masa mula-mula kawen"
WHATTTTT????????????????????????????????
gila buruk nak mampssss perangai aku...
wwooooo... ok-ok, tukar perangai terus..
Mr.S kata, tak perlu tukar-tukar perangai, itu namanya...

GEWDIKSS GEWDIKSS MANJEWRSS

kahkahkah, sampai harini dila still tak percaya perangai dila macam tu.. sangat geddss.
aahh.. lantak la apa orang nak kata, janji aku HAPPY.. :P

Sunday 16 February 2014

Nilai Sebuah Kerinduan

16 / 2 / 1958 - 16 / 2 / 2014 (56 TAHUN)

harini merupakan hari ulangtahun kelahiran ABAH.. sesungguhnya kakak sangat rindukan pelukan dari ABAH.. sangat-sangat RINDU

ABAH sangat garang dalam mendidik anak-anak... Syukur, garang beliau buat kakak berada di tempat ini sekarang...
ABAH, beliau tak tahu macam mana nak tunjuk rasa sayang, tapi kami 3 beradik dapat "rasa" sayang itu
kakak seorang jer anak perempuan ABAH, sebab tu kakak lebih rapat dengan ABAH..
ABAH banyak ajar kakak erti hidup berdikari...
RINDUNYA dengan pandangan mata ABAH, tangan ABAH...
rindu senyuman ABAH, mimik muka ABAH,
kedutan di muka ABAH, RINDU segalanya....

2 tahun lepas, sehari sebelum kakak sah menjadi isteri, kakak mimpikan ABAH,
ABAH peluk kakak, syahdunya rasa itu....

RINDU YANG SUKAR DIUBATI,

16 / 2 / 1958 - 27 / 12 / 2008
AL-FAATIHAH buat ABAH...

Wednesday 5 February 2014

Sesi Perkenalan

saje jer menggatal jari jemari nak perkenalkan diri  :P

nama penuh dila E_____ Adilla Binti Ibrahim ... nak bagitau sangat.. :)
untuk tahun 2014 ni umur dila dah 27 dah.. tua dah ahkak ni. ehh, selagi tak 16.11 tak cukup lagi 27, masih 26 lagi tau.. hahahaha
asal dan memang membesar bagai johan di negeri TERENGGANU DARUL IMAN


semestinya saya sudah pun bersuami.. tanggal 10 MAC 2012

anak?? hurm.. dila masih berTTC, tak ada rezeki, ALLAH simpan dua-dua anak dila.. takpe, redha.. :)
mane tau kot-kot dah ada dalam perut ni.. alhamdulillah..

kerja??? belajar civil and structure , kerja pun dalam civil and structure jugak la..



sahabat-sahabat boleh panggil DILA with single L.. :)
haku pun tak paham kenapa sangat pelik bila orang panggil dila dengan ejaan DILLA.. eeewww macam gedikss sangat jew dila ni bila eja nama macam tu.. hehe.. tak kisah la mane-mane, yang penting bila u'ollss datang terengganu, sila jangan segan silu contact i'ollss kat email :: dila_moon87@yahoo.com :)


eehh.. tiba-tiba tempek gambar ni.. hahaha, okeh.. saje je, nak bagi Mr.S pannnaasssssssssss... :)

Wednesday 29 January 2014

Hatimu Milikku #2

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

*********************************************************************************************
dengar SINI




** sebenarnya ada kisah disebalik lagu ni.. kalau Mr.S tau dila post lagi lagu ni mesti dia "terasa".. hehe.. abang takde salah pun, cuma tiba-tiba teringat kat lagu ni, hati jadi saaayyuuuuuu sangat...

Sunday 26 January 2014

Cuti Dari Merapukan Jari

ehh.. ade ke perkataan merapukan??
ape-ape je la.. faham kan maksud merapukan tu??
dila demam dah seminggu, harini ok siket, tapi still demam lagi..
doakan yang INDAH-INDAH untuk dila.. :)
tq semuaa..

Monday 20 January 2014

Rajin... Suami Dia (Part II)

dah baca Rajin... Suami Dia ( Part I ) ??
harini part II, tak tau la sampai part berapa kerajinan suami-suami malaysia.. :)


 suami siapa la kali ni kan... hahahahaha

Sunday 19 January 2014

Rajin... Suami Dia

alkasih tengah blogwalking.. tetiba jumpa gambar ni..


rajin suami dia.. agak-agak, si isteri nak masak apa dengan kentang ni.. hehehe.
kalau dila dah gelak kuat-kuat dah.. hahahahaha

Thursday 16 January 2014

Cuti-Cuti Bercinta

sape dah kawin?? hehe.. dah faham sepenuhnya ke suami kita?
kite? alhamdulillah... faham..
dila sebenarnya tengah plan nak gi 2nd honeymoon dengan Mr.S... kalau boleh sebelum anniversary kami la. tapi penat okeh.. dila dah survey tempat baik punya, tapi Mr.S pulak. dia nak pergi, tapi asyik dengar alasan ni "tunggu hujung bulan (kadang-kadang awal bulan) ni, kerja settle, ada rezeki, kita pergi sana" 
tiap-tiap bulan macam tu... hmm..
kadang-kadang sampai merajuk.. dila bagi ayat ni je "dah susah sangat nak cuti, kita balik kampung jer la" laju pulak dia jawab.. "ok, bila??" ahahaha... bab balik kampung, cepat je keputusan tu kan?
next month tetap nak pergi okeh... kalau tak, nak berhenti kerja!! eehh, selalu isteri ugut nak kerja kan? haha.. kerja dah kalau terlalu stress, macam ni la. hari-hari sebut nak berhenti kerja, last-last dah 3 tahun kerja kat sini. :)

ok ok.. ade cadangan tak nak pergi mana? kalau boleh dalam malaysia la.. malaysiakan aman.. **PEACE**
BERMALAM NI COLMAL TROPICALE???
CAMERON HIGHLAND??

PANTAI MORIB??
PULAU SIBU??
PULAU TIOMAN???

ade lagi tak tempat best dari ni?? kalau kat terengganu jangan cakap la... tempat i'ollss tu.. :P

Sunday 12 January 2014

TUDUNG TUTUP KEPALA DAN ...

berubah untuk kebaikan.. setiap dugaan, rasa ALLAH dekat je dengan kita kan?
bila berubah, ade je yang tegur... "patut la menghilang, pergi haji ke??" gulp... ade ke salan macam tu? kite hanya mampu tersenyum.. :)

Bila dah pakai tudung,

tak perlu lah simpangkan tudung tu ke bahu,
labuhkan tudung ke bawah dada.
Mudahkan?
Anda rasa bila dah pakai tudung,
tapi tak tutup bahagian dada tu,
dah sempurna ke tutup aurat?

Ingat firman Allah :
"Katakanlah kepada para wanita yang beriman, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, supaya mereka memelihara kehormatan mereka (yakni, farajnya), dan jangan mempamerkan perhiasan (kecantikan) mereka, kecuali apa yang seharusnya terlihat di antaranya (iaitu hanya muka dan kedua telapak tangan mereka); dan hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga (sehingga sampai menutupi) dada.."
(Surah AnNur ayat 31)


sekadar ingat mengingat sesama kita... :)

Wednesday 8 January 2014

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

pagi-pagi, kite join segmen ni yer.. kite tau ade segmen ni pun dari CIK 
terima kasih cik.. boleh la tambah-tambah kawan mana yang patut kan.. :)

http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html

sape-sape nak join klik SINI ok?
semoga ikatan persahabatan yang terjalin, merapatkan lagi hubungan kita.. ecece ayat kena power.. 

Tuesday 7 January 2014

Jom Jerit Ramai-Ramai!!!!!!!!!!!!

biar gambar berbicara tentang perasaan ini... :)


rasa nak melompat tinggi-tinggi...

menari...
nak jerit kuat-kuat
dan kita hitung segalanya...

Monday 6 January 2014

Al Kisah... thoooiibbbb..

arini entri lebih kepada luahan perasaan..
kite dah kerja kat ofis ni, lebih 3tahun.. i ollsss senior okehh.. haha.. berlagak nak mam sangat..
ade la beberapa kerat "budak-budak" yang tengah praktikal, adoiii.. beberapa kerat dah macam puluh-puluh kerat okeehhh.. ofis bukak 8.30am.. 8.40-9.00am baru terjojol muka u'ollsss (bos kite tak suka pekerja dia tak tepati masa).. ahkak nak marah kesian.. tapi u'ollsss paham-paham la bila tengok muka ahkak macam tak puas hati tu yer... bila mintak buat kerja siket, buat-buat muka macam lemmbbss kenyang... konon-konon tak faham.. meh sini ahkak hajoorrr..
selama ahkak kerja sini.. puluh-puluh orang dah ahkak makan tau..
ooohhooiiii sayang, baca ahkak nak kata ni...

:: bila orang mintak tolong, cuba ringankan montot tu bangun, tengok ape ilmu yang ahkak nak bagi, jangan time u'ollsss perlukan ahkak jer, u'oollsss datang kat tempat ahkak ni, bila nak password wifi, hamboii.. kemain lembut gigi u'ollss kan, dah tu berFACEBOOK ajerr.. dah sebulan lebih berpraktikal baru 1 projek?? stress ahkak kena maki hamun marah dengan bos ::

:: jangan sampai ahkak BERSUARA yer adik sayang ::

pssstt :: bukan semua yang berat montot, sekerat dua jer. hehe..

yang benar,
Ahkak Dila :)

Sunday 5 January 2014

Senggugut?? Sesungut??

cerita pasal senggugut ni
kite punya cerita senggugut yang terukkk, tak tau nak cakap tahap berapa. kalau ada tahap ke-10, mungkin kite ditahap ke-11. haaa.. 2 hari sebelum, kite dah start sakit.. tapi tak teruk sangat la.. biasa-biasa dan masih boleh ditahan... 
hari pertama dan kedua ni kira hari complete set untuk kite, sakit tahap gila nak mammmm la.. baring merengkot.. sambil tekan-tekan perut.. sejuk, tapi berpeluh.. sakit kepala, sakit pinggang macam nak tercabut, lenguh-lenguh badan, dan muntah-muntah... sakit, hanya ALLAH yang tau.. (tapi, sakit lagi masa keguguran aritu)


lebih kurang macam ni la keadaan kite tahan sakit
setiap kali period mesti ada adegan drama melayu tak boleh blah... nangis-nangis bagai.. sampai mak kite pun tak tau nak buat apa.. rasenya merata dah gi berubat... tak lega pun senggugut kite ni, sampai sekarang.. dokter pun just sarankan kite makan ubat tahan sakit jer.. scan jugak takut ade ketidaknormalan pada rahim kite ni.. tapi alhamdulillah.. semua sihat-sihat sahaja.. 




mane-mane sahabat yang ada senggugut tu, share la dengan kite, cara nak atasi.. huhu... sakit sangat... macam mimpi ngeri..

Thursday 2 January 2014

Tak Bahagiakah Aku???

alhamdulillah... sehingga harini.. kite masih bahagia dengan Mr.S.. makin bahagia.. berbunga-bunga kehidupan kami...

macamana persoalan  "tak bahagiakan aku???" boleh timbul??
perkara tu timbul bila kite disoal sebegini "ade masalah ke dengan laki, orang lelaki ni, kita kena ikat dengan zuriat" ooopppssss... macam tu pun ade?  SUAMI.. KITE KENA IKAT DENGAN KEIKHLASAN, KASIH SAYANG, DAN SEGALA KE.. KE... KE... DAN BUKAN DENGAN KEkurangan... :)
statement yang "dia" bagi tu memang boleh pakai.. tapi tanpa zuriat.. kami tetap bahagia ape...
oklah.. ambil contoh senang dalam drama @ novel... tak bahagia tak ada anak.. at the ends of story, HAPPY ENDINGSSSSSSSS... tup..tup memboyot si isteri.. uiks... asal bahagia jer ke ada anak?
tak ape la... dah rezeki dia kan... mane-mane insan yang tak perlu berTTC tu.. diam.. zip mulut.. daripada tanya soalan bila.. bila.. dan bila.. baik ajar kite macamana "skill" u'oollsss buat.. hahahaha... ajar sampai jadi.. huhu... boleh???

ok dila... tak payah buat sad story awal-awal tahun ni... mulakan hidup seperti biasa.. ada la rezeki ALLAH bagi tu esok-esok... dan tak lama lagi.. tak ada aral melintang, dah dapat duduk rumah sendiri.. syukur... rezeki jugak tu... :)


Love :: Adilla